Tuesday, August 28, 2018


                            

  FAKTOR FAKTOR KEGEMILANGAN   ISLAM PADA   ZAMAN KESULTANAN  MELAYU MELAKA 




                         











SESI PENGAJIAN : JUN 2018

NAMA PENSYARAH : PUAN LIANA BT ABDUL SAMAD

KOD NAMA KURSUS : DUB 1012

KELAS : DAD1A

AHLI KUMPULAN

> MUHAMMAD IZZAT BIN ASAYIR ( 02DAD18F1098)
>MOHAMMAD ZAIHAN BIN HAMIRA (02DAD18F1108)
>MOHD SHAH ISKANDAR BIN MOHD BALDEROHISHAM (02DAD18F1104)
>MUHAMMAD AZMANIZAR B. MOHD NAZRI (02DAD18F1114)
>MOHAMMAD SUHAIMI BIN ABD. SAMAD (02DAD18F1102)
         
                





PENGENALAN

 Tinjauan jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa pengaruh dan sumbangan yang amat besar terhadap perkembangan Kesultanan Melayu Melaka . Antaranya agama islam telah mempengaruhi sistem pentadbiran , perundangan , ekonomi , bahasa dan kesusteraan dan pendidikan.

Cara kedatangan Islam ke Melaka disebabkan oleh Megat Iskandar mengahwini puteri raja Pasai yang telah memeluk Islam. Menurut  Hikayat Raja -raja Pasai dan Bustanus Salatin , Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh Arab ( Syeikh Abdul Aziz dari Makkah ) . Selain itu , disebabkan oleh pedagang Arab yang datang berdagang dan berdakwah di Melaka . Penduduk tempatan dan pembesar pembesar di Melaka senang menerima Islam di Melaka kerana Islam yang bersifat toleransi , adil  dan rasional . Dengan sifat sifat yang ada dalam agama Islam ini telah menyebabkan ia mudah diterima di Melaka dan menyebabkan ia mula berkembang ke seluruh negeri naungan Melaka . Selain itu , disebabkan sifat yang ada dalam islam yang adil , rasional dan bertoleransi telah menyebabkan pedagang pedagang tertarik datang berdagang di Melaka



     











                   

        KEGEMILANGAN ISLAM DI MELAKA

 Kegemilangan Islam di Melaka dapat ditunjukkan dengan apabila tulisan Jawi digunakan dalam urusan rasmi , perkembangan kesusteraan Melayu . Al Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam kebudayaan kehidupan orang melayu .Agama Islam  juga mempunyai pengaruh dalam budaya kehidupan orang melayu seperti dalam kesenian corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab , menara azan  , tempat berwuduk , madrasah dan sebagainya . Tulisan juga terdapat dalam bentuk khat . Dari segi amalan yang dibuat  kesan dari kedatangan islam di melaka ialah khatam Al Quran , majlis kesyukuran  dan kenduri arwah mula dipratikkan di Melaka . Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan menyebabkan kedudukan Islam di Melaka semakin kukuh menyebabkan Melaka terkenal dengan nama SERAMBI MAKKAH iaitu tempat umat Islam belajar agama atau persinggahan  sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji.












Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golongan alim ulama mengenai agama.Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek ketuhanan. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan  dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.


ii- Ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti;
Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
agama baru ini boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati dalam diri mereka

Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu.



Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam

Melalui perdagangan

Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.

Melalui peranan tentera upahan

Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
Melalui penaklukan

Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.

Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)

Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.

Melalui perkahwinan politik

Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.

Peranan pemerintah Melaka

Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.





KESIMPULAN


Kesimpulannya kejayaan sesebuah Negara sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya terletak di bahu pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka Negara atau rakyatnya menjadi kuat.Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah Negara.Oleh itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa, beragama, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah Negara untuk memimpin Negara ke arah kemajuan dan kemakmuran yang lebih kondusif.




Rujukan

http://cunsejarahsaya.blogspot.com/2012/05/bab-5-kegemilangan-melaka.html
Buku Pengajian Malaysia terbitan oxford fajar 2016  , Normuni Mohammad , Razana Fatin Abdullah @Razali , Mohammad Faizal Ahmat
http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/kegemilangan-melaka-sebagai-pusat_11.html